Peperangan Perang Yom Kippur

Penyertaan negeri-negeri Arab

Negera-negara Arab lain juga menyertai peperangan ini dengan menyediakan bekalan tambahan persenjataan dan kewangan. Jumlah tepat nilai sokongan ini tidak dapat dipastikan. Berdasarkan pada beberapa sumber, Iraq telah menghantar satu skuadron jet Hunter ke Mesir. Semasa perang berlangsung, Iraq telah menghantar satu divisyen seramai 18,000 tentera dan beberapa ratus kereta kebal, yang mana telah diatur gerak ke tengah Golan; pasukan-pasukan ini termasuk beberapa pesawat pejuang MiG milik Iraq telah memainkan peranan dalam peperangan ini. Arab Saudi dan Kuwait memberi bantuan kewangan dan menghantar pasukan tentera bagi bertempur. Arab Saudi menghantar sejumlah kecil trup ke Syria dan sepasukan unit berperisai Jordan bertempur dengan tentera Israel bagi mengekang kemaraan Israel di Bukit Golan.

Antara tahun 1971 hingga 1973, Qadhafi dari Libya telah menghantar pesawat pejuang Mirage ke Mesir, dan memberi bantuan kewangan kepada Mesir sebanyak $1 bilion bagi memlengkapi Mesir dengan senjata. Algeria menghantar beberapa skuadron pesawat pejuang dan pengebom, briged berperisai, dan beberapada dozen kereta kebal. Tunisia menghantar lebih 1,000 tentera, yang berkhidmat dengan pasukan pertahanan Mesir di Delta Nil. Sudan menghantar 3,500 tentera; Maghribi menghantar tiga briged ke perbatasan hadapan.

Di Tebing Golan

Di Bukit Golan, Syiria menyerang pertahanan Israel yang terdiri daripada dua briged dan sebelas bateri artileri dngan lima divisyen dan 188 bateri artileri. Kesemua kereta kebal Israel yang ditempatkan di Bukit Golan terkena tembakan dan 250 buah darinya berjaya ditumpaskan, 150 buah darinya berjaya dibaiki. Kereta kebal milik Syria memiliki peralatan penglihatan malam sementara kereta kebal milik Israel tidak memiliki kelengkapan ini. Komando Syria yang digugurkan melalui helikopter berjaya merampas kubu kuat penting Israel di Jabal al Shaikh (Gunung Hermon) yang mana memiliki pelbagai jenis peralatan pengawasan.

Bagi berdepan dengan tiga divisyen infantri Syria (setiap satunya diperkuatkan dengan sebuah briged berperisai) dan 2 divisyen berperisai, pihak Israel hanya berjaya mengumpulkan sebuah briged berperisai, 2 batalion infantri dan disokong oleh empat bateri artileri gerak sendiri.

Asalnya, pasukan tentera Syria tidak dipintas oleh sebarang pesawat Tentera Udara Israel di sebabkan oleh kehadiran hampir 200 buah pelancar peluru berpandu permukaan ke udara SA-6 yang membentuk payung pertahanan.

Selama tiga hari pertempuran, briged ke-7 Israel di utara (di bawah perintah Yanush Ben-Gal) berjaya mempertahanankan garisan bukit berbatu yang mempertahankan sisi utara ibu pejabat mereka di Nafah. Walau bagaimanapun arah ke selatan, briged "Barak" , yang ketiadaan sebarang pertahanan semulajadi, telah dikalahkan dengan teruk, dengan komandernya Kolonel Shoham terbunuh semasa kemaraan tentera Syria ke arah Laut Galilee.

Pada satu ketika, satu-satunya halangan di antara serangan Syria dan Nafah adalah sebuah kereta kebal (yang dikenali pasukan Zvika). Walau bagaimanapun keadaan di utara kemudian berubah ekoran ketibaan pasukan simpanan Israel yang berjaya mengekangan serangan Syria. Bukit Golan terlalu kecil bagi bertindak sebagai penampan wilayah yang berkesan, tidak seperti Semenanjung Sinai di selatan, dan Israel memberi lebih keutamaan pada perbatasan utara untuk pergerakkan pasukan simpanan mereka. Menjelang 11 Oktober, tentera Syria diundurkan kembali jauh daripada perbatasan pada tahun 1967.

Pada hari-hari berikutnya, pasukan Israel mara ke dalam wilayah Syria. Dari sini mereka berjaya mengebom pinggir Damsyik, hanya 40 km jauhnya dengan menggunakan artileri berat. Satu gencatan senjata telah dirundingkan pada 22 Oktober, dengan mengembalikan wilayah seperti sempadan sebelum perang meletus.

Sebagai tindak balas ke atas kejayaan Israel dan sokongan Amerika Syarikat ke atas Israel, pada 17 Oktober negara-negara Arab mengistiharkan sekatan minyak ke atas Barat.

Di laut

Semasa Pertempuran Latakia, satu pertempuran laut telah meletus di antara Syria dan Israel. Ia berlaku pada 7 Oktober, hari kedua perang, menghasilkan kejayaan bagi Israel dan membuktikan kejayaan penggunaan bot peluru berpandu kecil dan laju yang dipasang dengan peralatan pakej tindak balas melawan elektronik yang maju. Pertempuran ini juga menjadi asas penubuhan Tentera Laut Israel.

Rujukan

WikiPedia: Perang Yom Kippur http://www.defencejournal.com/2002/nov/4th-round.h... http://www.gwu.edu/~nsarchiv/NSAEBB/NSAEBB98/index... http://www.jajz-ed.org.il/100/maps/egypt.html http://www.jajz-ed.org.il/100/maps/syria.html http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csi... http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csi... http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csi... http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csi... http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csi... http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csi...